Thursday, December 10, 2009

CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK

CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK
Oleh RAMPA
Formula 1
BAJA ORGANIK untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar
1. Pelbagai jenis daun atau satu jenis daun hijau secukupnya.
2. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai
Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan daun-daun yang dicincang
itu apabila daun-daun itu digaul.
3. Sejemput Kapur - iaitu Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
4. Sebotol minuman Yakult
Nota:
1. Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan
percuma. Daun dan pokok ulam gila (pentutup bumi) juga boleh digunakan.
2. Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak
cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yang
diperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu
banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.
3. Calcium Carbonate atau serbuk kapur yang digunakan untuk memplaster batu-bata
dinding rumah. Kapur sirih juga boleh digunakan.
4. Tong takungan pemeraman daun-daun yang dicincang hendaklah diletak di tempat
yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh
mematikan bekteria. Peranan bekteria ialah sebagai pelerai organan dari daun-daun yang
dijeruk-peram. Lebih banyak bekteria hidup berada dalam daun-daun yang diperam itu
akan lebih berkualiti baja itu.
Cara Memproses:
1. Semua daun dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan daun yang
dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan adunan (daun) dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat .
4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
6. Setelah 14 hari daun akan menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk
dibotolkan sedia boleh digunakan untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar.
Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air;
dijadian sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur
sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun
pokok akan menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit atau pokok getah yang tinggi,
memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit atau pokok
getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.

No comments:

Post a Comment