Friday, December 11, 2009

LEMBU

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang dikenalpasti, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrata darat, lebih 150,000 spesies invertebrata, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

Salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia adalah lembu atau dalam bahasa Inggerisnya cattle/cow. Di Malaysia, lembu merupakan haiwan yang penting semenjak dahulu lagi. Pada zaman dahulu lembu menjadi harta yang sangat berharga seperti bidalan "lembu kerbau penuh sepadang". Lembu juga menjadi alat yang penting bagi sektor pertanian dan pengangkutan di mana lembu digunakan bagi membajak sawah dan sebagai haiwan penarik kereta lembu. Pilih di sini untuk penerangan teknik pembuatan kereta lembu.

Lembu juga merupakan sumber makanan sebagai daging, sup lembu., dan susu



Taburan

Lembu dipelihara di seluruh Malaysia sebagai haiwan ternakan.

Ciri-ciri

Lembu merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas mamalia. Lembu adalah haiwan berdarah panas. Lembu menyusukan anaknya.

Lembu dipelihara untuk daging dan susunya. Jenis lembu yang berlainan diternak bergantung kepada tujuan penternakkannya.

Makanan

Lembu merupakan haiwan pemakan daun atau maun. Makanan utama lembu adalah rumput, daun-daun dan pucuk pokok.

Pembiakan

Lembu membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaga anaknya sehingga dewasa. lembu bunting selama 8 hingga 9 bulan. biasanya lembu akan beranak 3 ekor dalam tempoh 2 tahun

Tabiat

Lembu biasa akan tidur pada waktu tengah hari antara jam 1100 hingga 1230.

ULASAN
Pada masa sekarang penyakit lembu gila yang disebabkan unsur protin telah di dapati dapat menjangkiti manusia yang memakan daging lembu yang tercemar telahpun dikenal pasti. Penularan penyakit lembu gila dikenal pasti berlaku melalui daging lembu berpenyakit yang dibuang telah dikitar semula dan diberi makan kepada lembu lain. Penyakit lembu gila telah menyebabkan beribu-ribu ekor lembu dimusnahkan begitu sahaja

BUAH NAGA


Buah Naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram!

Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.



Spesies lain

Nama lain bagi buah naga ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus(isi putih) dan Hylocereus polyrhizus(isi merah). Spesies lain yang kurang terkenal ialah Seleniereus megalanthus, yang mempunyai isi putih dan berkulit kuning

Bunga

Bunga pokok naga mengeluarkan bau wangi yang menarik perhatian serangga dan kelawar, yang bertindak sebagai agen pendebungaan. Bunga ini biasanya kembang hanya untuk satu malam dan selepas subuh, bunganya mula kuncup. Yang menarik ialah kaktus ini berupaya menyimpan air. Tidak hairanlah buah naga mengandungi 80% air, selain kandungan vitamin C yang tinggi berbanding tembikai dan ep

Zat makanan

Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.

Industri buah-buahan di luar negara menggunakan buah naga dalam pembuatan wain. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh.

Teknik memilih

Apabila memilih buah naga, pastikan buahnya berat, kelihatan segar, dan keras serta berkilat, dengan sisik, yang berwarna kehijauan. Buah naga sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat jus dan dimasukkan ke dalam salah buah-buahan, ataupun dijadikan ramuan masakan seperti sup(bagi buah yang muda).

IKAN KELI

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Ikan Keli yang dijual di pasar.

Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-

  1. Ikan Keli Kayu
  2. Ikan Keli Bunga
  3. Ikan Keli Eksotika
  4. Ikan Keli Limbat
  5. Ikan Keli Mata Kati
  6. Ikan Keli Rusia
  7. Ikan Keli Afrika
  8. Ikan Keli Jeram
  9. Ikan Keli Hutan

kan ternakan

Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar Semenyih.

Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".

Kepercayaan

  • Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak.
  • Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak.
  • Sebaliknya di Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga.

Thursday, December 10, 2009

CACING

Penternakan cacing adalah satu industri dalam bidang pertanian di
Malaysia. Cacing merupakan agen pengeluar baja organik yang bermutu tinggi
yang dapat menambah hasil tanaman dan membantu dalam membaiki struktur
tanah. Penternakan cacing mula diperkenalkan di Malaysia pada sekitar awal
tahun 2000. Keistimewaan projek ini selain mengeluarkan baja organik, cacing itu
sendiri adalah sumber protein yang tinggi yang boleh digunakan sebagai bahan
untuk makanan ternakan malahan ianya juga boleh digunakan dalam bidang
perubatan dan kosmetik.

Selaras dengan Dasar Kerajaan yang ingin memajukan dalam bidang
pertanian bagi menambahkan sumber makanan Negara dan yang bebas dari bahan
kimia, perusahaan ini ditaksirkan mempunyai potensi yang baik dan permintaan
yang luas serta berdaya maju di masa akan datang.

CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK

CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK
Oleh RAMPA
Formula 1
BAJA ORGANIK untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar
1. Pelbagai jenis daun atau satu jenis daun hijau secukupnya.
2. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai
Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan daun-daun yang dicincang
itu apabila daun-daun itu digaul.
3. Sejemput Kapur - iaitu Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
4. Sebotol minuman Yakult
Nota:
1. Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan
percuma. Daun dan pokok ulam gila (pentutup bumi) juga boleh digunakan.
2. Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak
cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yang
diperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu
banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.
3. Calcium Carbonate atau serbuk kapur yang digunakan untuk memplaster batu-bata
dinding rumah. Kapur sirih juga boleh digunakan.
4. Tong takungan pemeraman daun-daun yang dicincang hendaklah diletak di tempat
yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh
mematikan bekteria. Peranan bekteria ialah sebagai pelerai organan dari daun-daun yang
dijeruk-peram. Lebih banyak bekteria hidup berada dalam daun-daun yang diperam itu
akan lebih berkualiti baja itu.
Cara Memproses:
1. Semua daun dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan daun yang
dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan adunan (daun) dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat .
4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
6. Setelah 14 hari daun akan menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk
dibotolkan sedia boleh digunakan untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar.
Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air;
dijadian sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur
sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun
pokok akan menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit atau pokok getah yang tinggi,
memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit atau pokok
getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.

Baja Organik

Baja organik adalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.

Contoh baja organik asli termasuklah pupuk kandang, sluri, kompos cacing, gambut, rumpai laut, kumbahan dan guano. Galian asli seperti fosfat batu lombong, sulfat potasy dan batu kapur juga dianggap sebagai baja organik.

Terdapat juga baja organik yang dihasilkan oleh manusia seperti kompos, serbuk darah, serbuk tulang dan pati rumpai laut. Selain itu, enzim protein cerna dan serbuk ikan juga dianggap sebagai baja organik.